Suarakan Isi Hati Anda Kat SINI


ShoutMix chat widget

parut,puting leper

Thursday 7 July 2011
PUTING leper atau inverted adalah suatu keadaan yang bukan saja berlaku di Malaysia tetapi juga di negara lain, malah ia ada dibincangkan beberapa kali dalam ruangan ini sebelumnya.

Ada yang mengalami masalah puting payudara leper. Memandangkan terdapat ruang lekuk, peluh, daki atau kotoran boleh berkumpul dan jangkitan boleh berlaku.

Parut pembedahan sama seperti parut yang lain apabila melakukan pembedahan. Puting leper bukanlah masalah besar lebih-lebih lagi puting leper kongenital (semula jadi sejak lahir), ia lazimnya tidak membahayakan.

Walaupun ia disedari pada usia anda 12 tahun (ketika berlaku tumbesaran payudara sebelum baligh), berkemungkinan anda sememangnya dilahirkan begitu.

Terdapat teknik mudah secara manual untuk membantu ‘mengeluarkan’ puting leper ini. Bagaimanapun, anda harus bersedia kerana ia memerlukan kesungguhan.

Jika ligamen yang menyebabkan ia tertarik ke dalam itu tebal, ia mungkin lambat atau tidak berjaya ditarik keluar, malah mungkin memerlukan pembedahan kecil, itupun jika anda mahukannya.

Teknik manual adalah secara menggunakan dua jari (lazimnya jari telunjuk dan ibu jari) pada sisi bertentangan puting itu di dasar areolar. Kemudian, kedua-dua jari ini dijarakkan secara mengerakkannya ke luar iaitu arah bertentangan.

Ia boleh juga ditambah dengan menggunakan dua jari tangan sebelah lagi satu untuk cuba menarik puting terbabit sementara jari tadi dijarakkan.

Anda mungkin ingin berjumpa doktor untuk demonstrasi teknik ini. Hasilnya, ia mungkin berjaya dikeluarkan sama ada sebahagian atau keseluruhannya, ia mungkin juga tidak berjaya. Apapun, puting leper tidak memberi masalah untuk penyusuan badan.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.
1belia 1malaysia
spm10 A
terimakasih melawat blog saya
tinggalkan komensila anda

Followers

© 2010 Everybody Talks ! Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls